Friday, 13 March 2015

PANDUAN BIZ ONLINE

1 FAKTA!!
permulaan sesuatu perniagaan adalah saat yang paling sukar! 
jika anda dapat melepasi tahap ni Insha Allah langkah seterusnya anda makin kuat
TAPI..tak bermakna selepas itu tidak akan ada dugaan lagi ya.turun naik tu perkara lumrah dalam kehidupan.perniagaan pun macam tu jugak.

segala tips yang ada ni based on my experience.mungkin agak terhad sedikit disebabkan usia yang masih muda dalam perniagaan.Tapi mudah-mudahan dengan ilmu yang sedikit dari diri sendiri dan perkongsian ilmu dengan peniaga seniour yang lain dapat membantu sedikit membuka jalan untuk peniaga online lain.Insha Allah...

ok.mari kita mulakan pembacaan(mungkin akan jadi panjang berjela2.maaf ya..).Bismillahirrahmannirrahim...

TIPS MENINGKATKAN SALE

1- ANDA HARUS POPULAR
online business sekarang amat mencabar.disebabkan ade beratus ribu online shop dalam Malaysia.baru Malaysia.belum negara luar lagi.Jadi apa yang perlu dibuat supaya orang nampak dan sedar kewujudan online shop korang?? jawapannya senang.online shop korang harus POPULAR!!
maksud popular disini bukan la bermaksud korang kena keluar kat tv atau majalah supaya nampak popular(kalau boleh buat macam tu lagi bagus),tapi cukup jika ramai viewers atau ramai yang tahu kewujudan 'kedai' korang.Bagaimana???

FACEBOOK ADS(jika tidak tahu bagaimana nak buat view DI SINI)KAWAN-KAWAN(mulut ke mulut memberitahu)UPDATE HARI-HARISPONSORGIVEAWAYBERKAWAN DENGAN ORANG YANG JUGA POPULAR

ni diantara caranya yang sempat aku pikirkan.kalau ade yang aku tertinggal nanti aku akan update lagi.kawan2 sebenarnya penarik duit yang amat berkesan.lagi2 perempuan.kita kena ambil kesempatan dari situ.sebab tu jangan kedekut sangat nak labur sikit barang yang kita jual tu bagi percuma pada kawan2.sebab bila dia suka dan orang lain pun suka,orang akan tanya dari mana dia dapat barang tu.secara tak langsung mereka tanpa sedar akan membantu kita promosi kan 'kedai' kita tu. Oleh itu,bina persahabatan baru setiap hari.sebab bila kita kenal kawan baru,mereka akan tanya apa kita buat.jadi 'terpaksalah' kita memberitahu apa kita buat kan?jangan segan..silap aku dulu sebab aku malu nak gtaw orang yang aku berniaga.korang jangan ulang kesilapan aku tu. INGAT!! jangan pikirkan sangat berapa yang beli barang kita.tapi pikirkan berapa ramai orang yang tengok barang kita jual.Mustahil dalam 10 orang yang tengok tu tak de yang sangkut.kan? Tapi kalau dah sorang pun tak tengok apa kita jual,macam mana nak sangkut?? sama jugak tujuannya kenapa kita perlu update wall kita hari2,share barang yang kita jual hari2..walaupun tak de orang like or comment pun tak pe.yang penting kita share dengan tujuan bagi orang tengok.dah tengok baru la ade orang yang datang..

2- GAMBAR HARUS CANTIK

1 kesilapan ramai online seller letak gambar produk sekadar melepaskan batuk ditangga.asal ade je.asal orang boleh tengok.asal ada gambar sebagai rujukan.kenapa saleRADIUSITE&ALHUMAIRAH CONTEMPORARYsentiasa meningkat.apa yang diorang update sentiasa habis walaupun harga mahal.kenapa??sebab mata pembeli semua sudah disajikan dengan kecantikan barang tu.Jangan kedekut untuk keluarkan budget sedikit.Masuk studio,upah photoghrapher.ok..tak nak buat sebab kata nanti tambah kos.ok..alasan diterima.tapi betul ke tu jadi pengalang??tak..mereka yang namanya dah disebut kat atas dah buktikan.ye betul..kos bertambah bermakna kita juga harus naikkan harga barang bersesuian dengan kos yang dikeluarkan.tapi kenapa takut jika harga mahal?takut orang tak beli?jika barang anda amat berkualiti dan mata mereka para pembeli telah di'pikat' dengan gambar yang cantik,tidak jadi masalah tentang soal harga. PERSEPSI ORANG PADA PANDANGAN PERTAMA TU AMAT PENTING! kita kena tarik mereka dulu melalui pandangan pertama.ingat tak tips pertama??beli tak beli tu belakang cerita.yang penting kena tengok dulu..jadi jangan berkira sangat nak keluarkan belanja untuk mencantikkan kedai kita.jika kita pandai buat sendiri 1 bonus untuk kita.boleh berjimat.boleh ambil gambar sendiri.yang penting harus cantik! tidak salah meletakkan baju yang kita jual di mannequin sahaja asalkan pemandangan dibelakangnya nampak cantik.jika kita pandai edit sendiri,kita buat sendiri.janji di mata anda gambar tu cantik.jika kita boleh jadi model untuk pakai baju yang kita jual,jadi model. tidak semestinya nak kan gambar yang cantik kita perlu upah ramai orang untuk buat semua.jika mampu buat sendiri,kita buat sendiri.lagi manis rasanya nikmat kejayaan tu.tapi jika kita tak mahir kenalah kita refer pada orang yang yang tahu


3- BERUSAHA KERAS TANPA RASA JEMU

walaupun kita terpaksa buat benda yang sama hari-hari,buat lah..jangan PERNAH rasa putus asa.Jangan sesekali..ade pernah aku terbaca costumer pertama muncul setelah 3 bulan mula berniaga.bayangkanlah..yakin dengan rezeki Allah..jika terdetik hati nak berputus asa,bangun esok jadi orang baru.apa kata tidur 1 malam di hotel.biasa tidur dirumah je.hari2 melalui cara kehidupan yang sama.1 hari cuba tukar.bangun tidur dari bilik hotel mewah.breakfast di hotel,bilik kita ade orang kemas.suasana baru tu akan wujudkan 1 mood baru dalam hidup kita.kita akan menjadi 'orang lain' selepas itu dengan semangat yang baru.teruskan berjuang!!

4- CIPTA JALAN 'SHORTCUT'

Bagaimana?? tanya dari mereka yang telah berjaya.tanya dari awal mereka berniaga bagaimana mereka buat.berapa banyak kesilapan yang telah mereka buat.bagaimana mereka naik.semua ni shortcut untuk kita terus berjaya.kenapa??kita tidak perlu mencuba pelbagai cara.kita tak payah nak try n error.tak payah nak pecah kepala pikir.tak perlu semua tu.sebab kita ade guru yang dah beritahu apa mereka buat.mereka dah beritahu apa mereka cuba buat.dan hasilnya tak berjaya.jadi kita dah tak perlu cuba cara yang sama.bukan ke tu 1 jalan selamat?dah jimat banyak masa kita sebab dah tak perlu cuba.dah tahu dah tak kan berjaya.sebab itu pentingnya siapa orang disekeliling kita.nak kaya kawan dengan orang yang ade pejabat sendiri,ade pekerja 20,30 orang.nak jadi alim,jadi orang masjid.kawan dengan imam.nak jadi pandai,pergi sekolah terbaik,kawan dengan orang yang ulat buku yang sentiasa dapat straight A.BETUL TAK??  kita sendiri kena carik apa yang kita nak jadi

5-  BINA TENTERA DUIT

Huhuhu..bunyi dia macam nak pergi perang kan?hahahah ..tentera duit ini yang akan bantu kita lakukan pemasaran dan promosi. Tanpa perlu kita tanggung kos sepenuhnya.Mereka adalah agen / distributor produk kita.Dalam bisnes, penting untuk kita kuasai wilayah.dengan cara ini,bisnes kita bukan sahaja berkembang dengan lebih pantas.Ramai seller yang memandang rendah strategi ini.Sedangkan strategi ini yang bakal membuatkan bisnes menjadi huru hara..serta jualan berlipat kali ganda.suka tak bila kita tak dapat online untuk beberapa hari kerana ada urusan lain,tapi sale kita tetap berjalan setiap hari?suka lah kan..untuk online business,kunci utama kena online hari-hari supaya ade sale.tapi kalau agen ni,meringankan kerja kita sedikit dari segi promosi.lebih2 lagi pada ibu-ibu yang tak dapat nak bagi 100% komitmen pada laptop je.Sediakan bantuan sokongan dan bina hubungan yang akrab dengan semua tentera duit.Insha Allah..secara tak langsung kita juga bantu dia untuk mendapatkan nafkah.tak ke tu dikira menambah nilai hidup orang lain??


OK..ni antara langkah permulaan yang korang kena ambil.jadikan diri korang POPULAR!dengan cara memunculkan diri anda setiap hari di news feed orang lain atau sekurang-kurangnya dengan tarik viewers dengan gambar-gambar yang cantik.Jika kita berkemampuan lebih,apa salahnya iklankan dekat magazine.tapi jika betul2 ada berkemampuan lah..sebab harganya memang bboomm!! cer teka harga untuk 1 page berapa? Paling murah RM1200 dan boleh jadi juga hingga RM5000 bergantung pada magazine tu popular mana.cara ni memang berkesan.sebab kadang-kadang ada costumer suka beli dengan 'kedai' yang dah keluar majalah sebab rasa dah beli barang dari kedai yang popular,yang dah pernah keluar majalah..Tapi jangan difikirkan sangat.jika kita dah popular dengan sendirinya,wartawan sendiri akan datang kat kita untuk interview.just go ahead..terus melangkah..tanpa rasa putus asa
SEBAB.....

Dalam bisnes, modal duit bukan ukuran utama.Penting untuk kita tahu modal KERAMAT dalam bisnes iaitu...

Modal Sosial & Modal Komitmen

Majoriti pemilik bisnes yang berjaya mencapai status jutawan, multi-jutawan dan juga bilionair mempunyai persamaan.... Mereka tidak hiraukan modal duit.Apa yang penting adalah:

1) Modal diri.

2) Modal komitmen.

===

Modal Diri

===

Modal diri. Hanya diri sendiri yang menentukan samaada kita boleh berjaya atau terus gagal.... Bukan duit, bukan orang lain. Tetapi diri sendiri.

===

Modal Komitmen

===

Pesan lagenda dalam dunia pembangunan diri iaitu Tony Robbins,

"Kejayaan berada dalam genggaman setiap manusia,

sebaik sahaja mereka meletakkan komitmen dalam

diri sendiri."

Pemilik bisnes, jutawan dan pelbagai lagi adalah pejuang yang tidak putus-putus berusaha.... Walaupun adakalanya mereka gagal dan ditimbus dengan pelbagai jenis hutang.Namun itu bukan alasan untuk mereka angkat 'bendera

putih'.

Nampak tak duit bukan kunci kejayaan????


Akhir sekali..cuba sesekali kita join sebarang seminar atau kelas yang boleh membolehkan kita dapat ilmu perniagaan.Seminar Doktor Azizan contohnya..yang percuma tu..cubalah pergi.yang percuma ni la kita perlu rajin-rajinkan diri pergi sebab yang bayar berapa ribu tu kita tak mampu.kan?? pergi sekali.dan rasakan bagaimana DAO reset minda kita balik.kita kua dewan tu kita jadi orang baru dengan pandangan terhadap perniagaan yang baru.ni baru percuma ni.kalau bayar,terus kua dewan nampak apa nak buat.

Pengalaman aku sendiri pergi seminar jutawan industri buat pertama kalinya,sale aku meningkat.tak la sampai huru hara lagi.tapi nampak perbezaan bagaimana lancarnya urusan kita dengan costumer.costumer tu duit kita.bila dengan costumer dah lancar,duit pun masuk dengan lancar.betul??? tak banyak pun yang aku ubah masa tu.aku just ikut 3 prinsip DAO. 

SENYUM,SYUKUR,TERIMA KASIH

hanya 3 simple step ni je.benda simple yang kita sellau lepas pandang..

ok cukup setakat ni.tunggu next entry aku share IDEA PEMASARAN DOKTOR AZIZAN yang aku dapat waktu pergi Seminar Jutawan Industri..ade 50 idea.tapi aku tak boleh share semua..nanti panjang pulak entry kan?aku highlight mana2 yang sesuai dengan online business je ya..

Terima kasih sebab sudi baca.Mudah-mudahan ilmu yang tak seberapa ni dapat tolong korang serba sedikit.

wasalam~