Sunday, 9 November 2014

INFO DARI SYARIKAT REDLIFE

UNTUK MAKLUMAN SEMUA PEMIMPIN

BERIKUT ADALAH STANDART OPERASI PENGHANTARAN

1)      Pihak Syarikat menjalankan proses penghantaran produk pada setiap hari berkerja kecuali (Sabtu, Ahad & Cuti Umum).

2)      Transaksi pembelian yang melibatkan proses penghantaran hendaklah dilakukan sebelum jam 4.00 petang bagi penghantaran hari yang sama. Sekiranya transaksi dilakukan selepas waktu tersebut penghantaran akan dilakukan pada hari berkerja berikutnya.

3)      Proses penghantaran mengambil masa 3 – 7 hari berkerja. Sekiranya dalam tempoh berikut masih belum menerima, penerima hendaklah memaklumkan segera perkara ini kepada Pihak Syarikat.

4)      Setiap penghantaran Pihak Syarikat akan menghantar “Tracking No” melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)  kepada penerima bagi membantu & memudahkan untuk membuat semakan di Perkhidmatan Penghantaran yang Pihak Syarikat lantik. Proses ini akan di kuat kuasa sepenuhnya pada 14 Nov 2014 (Jumaat).

5)      Sekiranya pembeli tidak menerima  khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi “Tracking No” dalam masa 24 jam sila hubungi Pihak Syarikat untuk mendapatkan ia.

6)      Penghantaran akan dilakukan mengikut alamat terkini dalam sistem Redlife.

7)      Pihak syarikat akan menghantar mengikut transaksi resit pembelian kepada satu (1) alamat sahaja.

8)      Penghantaran produk untuk pendaftaran ahli akan dihantar kepada satu (1) alamat sahaja. Dalam satu (1) Pakej produk, Pihak Syarikat tidak akan mengagihkan produk kepada beberapa alamat yang berbeza untuk penghantaran.

9)      Jika pendaftaran ahli yang melebihi dari satu (1) pakej produk dan memerlukan penghantaran kepada beberapa alamat yang berbeza, proses penghantaran tersebut boleh dilakukan oleh Pihak Syarikat. Proses penghantaran ke alamat ke dua (2) dan berikut akan dikenakan bayaran.

10)   Proses penghantaran yang berbeza alamat mestilah dimaklumkan kepada pihak syarikat selewat-lewatnya 30 minit selepas melakukan transaksi. Maklumat yang dimaklumkan mestilah dalam keadaan lengkap iaitu:
a)      Transaction ID:
b)      Member Code:
c)       Nama, Alamat & No Hp Penerima:

11)   Sekiranya terdapat lain-lain masalah, aduan dan cadangan yang berkaitan penghantaran sila hubungi pihak syarikat. Pihak syarikat akan sedia membantu dan mempertimbangkannya.

No comments:

Post a Comment

Hi. Do comment here.